laptop nie masalah die.... heatsink die tersumbat dengan debu2...
jadi nak cuci punyalah susah payah.. sebabnya kipas ngan heatsink dier terletak dibawah motherboard.. hahaha.. so terpaksalah kena bukak semua.... nie baru buang keypad...




yang ni plak dah buang sume.. badan laptop tu... lcd... abis sume kena lerai dek aku...hahaha


yg last ni baru nampak die nyer blower.. dan heatsink... masa nak leraikan tu mudah jer... tapi bila nak pasang balik pening jugak... hahaha... nasib baik tade skru yg terlebih.....




complete juge akhirnya anime ini utk koleksi aku setelah lama mencari... hahaha..
cite avatar terdiri daripada 3 siri semuanya... book 1... book 2... book 3..
rasanya sume dah tau cite ni...
nak tau lebih lanjut bleh rujuk sini....


Tah apa la silap lak... line stimik kat umah aku ni jadi mengon... kalo online dari pkl 7 ptg sampai pkl 9 mlm... dc je line.... haih... penin2...


Akhirnya aku telah complete mendownload heroes season 3... sebanyak 25 episode kesemuanya.... tunggu ada masa terluang... nak marathon sume episode.... hahaha... cite ni dah mula download skit2... tapi jenis aku ni suke tengok cite besiri ni.. bila dah complete sume episode... layan marathon sampai muntah... wakaka....


  1. Rider War
  2. Kuuga's World
  3. Transcendence
  4. Second Movement
  5. The Biting King's Qualifications
  6. Battle Judgement: Ryuki World
  7. Super Trick of the Real Criminal
  8. Welcome to the Blade Restaurant
  9. Blade Blade
  10. Faiz High School's Phantom Thief
  11. 555 Faces, 1 Treasure
  12. Reunion: Project Agito
  13. Awakening: Tornado of Souls
  14. Cho Den-O Beginning
  15. Here Comes Cho Momotaros!
  16. Warning: Kabuto Running Amok
  17. The Grandma Way of Taste
  18. Idle Hibiki
  19. Journey's End
TORRENT NYA BOLEH DIDAPATI DISINI.....


Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancil dan empat buah motosikal tertimbus.Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium yang berusia kira-kira setahun ini berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing."Walaupun sudah tahun memintanya dari kontraktor asng tersebut, difahamkan mereka masih belulm menerimanya," katanya.,Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya.Sementara itu, Bernama melaporkan, beberapa anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dilihat memasuki bahagian bangunan yang runtuh itu bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap. Menteri Besar Datuk Ahmad Said turut meninjau tempat kejadian pagi ini dan beliau dijangka mengadakan sidang akhbar di pejabatnya pada jam 4 petang ini. Menurut beberapa saksi, runtuhan dipercayai bermula pada bahagian tengah stadium yang menempatkan bilik tetamu kehormat (VIP) dan tempat duduk utama termasuk pentas diraja. Asmadi Hashim berkata ketika kejadian, beliau berada di rumahnya yang terletak kira-kira 400 meter dari stadium berkenaan. "Saya mendengar satu letupan kuat dan menyangka ia adalah enjin kapal terbang kerana Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) terletak berhampiran stadium itu," katanya. Sementara itu, dua pekerja yang sedang memasang tiang lampu di sekitar stadium berkenaan terkejut selepas mendengar letupan berkenaan. Mohd Zaidi Ahmad yang bekerja hanya kira-kira 300 meter dari tempat kejadian itu, kemudian bergegas bagi memastikan tiada yang terkorban. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM270 juta dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas. Stadium berkenaan menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 dan perlawanan bola sepak Liga Super.
Sumber dari malaysiakini...